Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

40 hari tanpa arwah abah

Assalamualaikum, Hari ini 31 Julai 2012 sedar tak sedar sudah masuk hari ke-40 arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.Cepatnya masa berlalu pergi..Ya Allah sesungguhnya aku begitu merindui arwah.Hanya doa yang mampu ku utuskan buat arwah.

Jemputan menghadiri Program Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi,Bukit Rangin dan pengagihan bubur lambuk.

Assalamualaikum, Seluruh warga S.I.C Pahang dijemput ke Program Berbuka Puasa Bersama Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi,Bukit Rangin,Kuantan. Tarikh:4 Ogos 2012 Masa:10pagi-10malam Aktiviti: Gotong Royong menyediakan Bubur Lambuk untuk diedarkan kpd fakir miskin dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk anak yatim. Mengedarkan bubur lambuk. Berbuka puasa,solat maghrib,isyak dan tarawih berjemaah. *Kehadiran semua amat dialukan dalam mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan amalan-amalan yang diberkati.Semoga Allah S.W.T memberkati amalan dan kelab yang disayangi ini.Insya Allah. Berikut adalah peta lokasi program: *Rakan-rakan boleh membawa baju spare,tandas disediakan untuk rakan-rakan mandi/membersihkan diri selepas berbuka sebelum menunaikan ibadat. Meetpoint jam 10:30 pagi di Perkarangan Masjid Taman Bukit Rangin.Tq.

Dia sahabatku....

Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun akhirnya FPA bersyukur kehadrat ilahi dapat bertemu jua dengan sahabat sekolah yang pernah menjadi sahabat karib FPA..beliau(berbaju kuning-coklat) yang dimaksudkan ialah Rindra Ardizi . Ada beberapa lagi rakan-rakan sepermainan yang sudah lama belum bertemu terutamanya Takumie Fujiwara . Agak-agak bila la FPA dapat jumpe korang erk???

Mudah Menjual Mudah Menipu

Assalamualaikum, Hari ini FPA tertarik dengan artikel yang ditulis dalam salah satu blog rakan blogger FPA iaitu Bicara Hati .Isu yang diketengahkan kali ini ialah berkenaan penjualan barangan secara ONLINE di internet yang sekarang ini sudah menjadi medium jual beli yang sering digunakan oleh masyarakat. Dek kerana kepesatan dunia IT dan perkembangan Teknologi yang pantas,kini kita mampu memiliki apa sahaja dengan hanya satu KLIK.Namun,sejauh mana ianya selamat untuk dijadikan urus niaga? Jom baca artikel dari blog Bicara Hati yang FPA post kan kembali disini.

Walaupun kubur lain-lain tapi....

betul kubur lain-lain tapi mayat kita tak terjun ke lubang kubur dgn sendirinya..skdr mengingatkan terutama diri sendiri..cuba-cubalah mendengar nasihat atau teguran kerana orang yang langsung tidak boleh ditegur tu tandanya hatinya telah mati....nauzubillah..

Permohonan maaf kepada rakan-rakan SIC Pahang

  Assalamualaikum, Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan SIC Pahang semua. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua diatas kegagalan saya untuk memberi komitmen pada program-program dan aktiviti SIC Pahang sepanjang tempoh 2-3 bulan ini diatas beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera disamping komitmen terhadap kerja hakiki serta tanggungjawab pada keluarga. Sehubungan itu segala urusan berkaitan SIC Pahang boleh berhubung dengan Timbalan Pengerusi SIC Pahang,saudara Shahsagasilver Fiore atau Setiausaha SIC Pahang,Saudara Amar Sic .Anda juga boleh berhubung terus dengan AJK Kawasan masing-masing untuk sebarang pertanyaan. Segala kesulitan amat dikesali,moga bertemu lagi dilain waktu dan event.Akhir kata sambutlah salam penuh kemaafan dari saya seisi keluarga. Semoga bertemu lagi dilain masa..saya sayang anda semua "we unite as a one big family" Yang Benar, Farid Paduka Sic

Info Tambahan Program Berbuka Puasa Kppsim Ramadhan 1433h/2012, Rumah Sentuhan Budi @ 4/8/2012 @ Sabtu

Assalamualaikum, Berikut adalah peta lokasi Meetpoint dan peta lokasi Program bagi memudahkan rakan-rakan untuk ke Program Berbuka Puasa KPPSIM Ramadhan 1433H/2012,Rumah Sentuhan Budi pada 4 Ogos 2012. Peta A: Meetpoint(Petronas Batu Caves) Peta B: Lokasi Program(Rumah Sentuhan Budi) Segala info akan saya update dari masa ke semasa. Info mengenai Rumah Sentuhan Budi ini anda boleh dapatkan di link di bawah : http://www.sentuhanbudi.org/v2/ KLIK UNTUK MAKLUMAT DARI FORUM RASMI KPPSIM-SIC MALAYSIA FACEBOOK RASMI KPPSIM-SIC MALAYSIA Sekian terima kasih.

3 Soalan 1 Penampar

Assalamualaikum, Salam 7 ramadhan 1433H....hari ini FPA nak kongsikan sebuah kisah yang FPA terbaca dari blog seorang rakan..Sharing Is Caring(S.I.C) 3 Soalan 1 Penampar Jawapan dengan Tamparan… Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:- 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu? Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

#Andai wujud kesedihan..

"Andai anda bersedih,ingatlah hidup ini bukan selamanya dan andai anda gembira,ingatlah dunia ini hanya sementara"~hamba Allah~

Sahabat Yang Baik: Kita kah itu?

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Mana lagi mulia antara RM1 dan RM100?

Wang RM 100 & RM1.00 Sama-sama terbuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dala m dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet" Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau...

#Pengalaman sepanjang menjadi Penyelaras Venue SUKMA 2012

Alhamdulillah hari ini berakhir sudah tugas FPA menjadi Penyelaras Venue untuk acara Karate dan Taekwondo di Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2012 Pahang pada kali ini. Terus terang banyak pengalaman pahit,suka duka sepanjang menjalankan tugas secara rasminya di venue pertandingan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang(UMP) bermula 28 Jun 2012 yang lalu.

#Jemputan ke Program Berbuka Puasa Kppsim Ramadhan 1433h/2012, Rumah Sentuhan Budi @ 4/8/2012 @ Sabtu

Assalamualaikum & Salam Hormat seluruh warga KPPSIM, Saya bagi pihak Ketua Projek iaitu saudara din0018 ingin memaklumkan bahawasanya Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (KPPSIM-SIC) akan mengadakan 1 Program Berbuka Puasa Bersama Anak² Yatim Rumah Sentuhan Budi tidak lama lagi. Program ini akan diuruskan oleh 4 Zon yang berada di dalam SIC CENTRAL iaitu SIC SERNGIKAYANI, SIC GOMBAK KAKI, SIC KLANG VALLEY & SIC DAMANSARA CREW. Butiran program ini adalah seperti di poster yang disediakan di bawah dan juga sedikit huraian berkenaan program.

#Tanda-tanda taubat kita diterima..

Tanda-tanda taubat kita diterima ada 5 : 1. Bersahabat dengan orang alim dan orang yang baik. 2. Berhenti melakukan maksiat. 3. Rajin beribadat. 4. Lebihkan akhirat. 5. Yakin rezeki datang dari Allah. By Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

☆JANGAN TERTIPU☆

☆JANGAN TERTIPU☆ →Jangan terTIPU dengan BADAN yang SIHAT,, Kerana KEMATIAN tidak pernah berJANJI akan datang pada BADAN yang SAKIT.. Jangan terTIPU dengan SUASANA yang AMAN,, Kerana KEMATIAN tidak pernah berJANJI akan datang pada WAKTU PEPERANGAN.. Jangan terTIPU dengan UMUR yang MUDA,, Kerana KEMATIAN tidak pernah berJANJI akan datang pada USIA yang TUA.. p/s :: Renung-Renungkan!!!

:::2 minggu tanpa arwah abah:::

Assalamualaikum, Terlebih dahulu FPA ingin mengajak semua rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah FPA dan seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita...Al-Fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama-sama para shuhada kelak..amin... Tanggal 22 Jun 2012,Jumaat, kira-kira jam 12:34 tengahari FPA telah kehilangan seorang ayah yang selama ini menjaga FPA sejak dari kecil sehingga mengenal dunia.Walaupun bukan bapa kandung,abah dan ma telah menjaga FPA dengan penuh kasih sayang dan memberi segala keperluan kepada FPA seperti ibubapa lain menjaga dan mendidik anak-anak mereka.