Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Selamat Pengantin Baru Saudara Hairol

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat SIC Pahang Saudara Hairol yang akan mendirikan rumah tangga pada hari ini di Kampung Kempadang,Kuantan. Mohon maaf kerana tidak dapat hadir namun begitu saya akan wakilkan kehadiran saya pada AJK SIC Pahang dan rakan-rakan SIC Pahang yang lain.Semoga beliau berbahagia selamanya,amen....

Alhamdulillah..UMP ke separuh akhir

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Syukur ke hadrat ilahi,perjuangan pasukan masih diteruskan apabila berjaya menewaskan Universiti Tun Razak Sarawak 7-0 pada perlawanan suku akhir petang tadi. Segala perancangan jurulatih pasukan nampak berjalan lancar apabila ianya direalisasikan dengan kemenangan besar pada pelawanan itu.Puas apabila melihat pemain-pemain enjoy the game dan tidak banyak melakukan kesilapan yang boleh mengundang bahaya. Esok UMP akan bertemu Kolej Komuniti Kuching pada jam 9.00 pagi di Sports Planet Kuching.Diharap pemain-pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan bagi memastikan impian untuk mengutip mata bagi melayakkan diri ke Grand Final di IIUM bulan hadapan tercapai. Apa-apapun saya mendoakan kejayaan pasukan.Semoga berjaya... Masa untuk merehatkan badan..tidur time!!!...

Kekuatan Mental Teruji di Kuching.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Ketika ini saya baru menjejakkan kaki ke penginapan selepas selesai makan tengahari bersama pasukan futsal UMP.Tahniah kerana memenangi perlawanan menentang Kolej Komuniti Mas Gading dengan jaringan 4-1 sekaligus muncul juara kumpulan C dan layak menentang Universiti Tun Razak,Sarawak pada peringkat suku akhir jam 6.00 petang ini di Kuching Sport Planet. Bercakap mengenai perlawanan pagi tadi sekalung tahniah saya ucapkan kepada jurulatih kerana berjaya membentuk mental yang kuat dikalangan pemain menghadapi provokasi pihak lawan yang turut terdesak ingin memenangi perlawanan. Sesungguhnya rentak keras permainan sememangnya sudah dijangka kerana lawan juga berpeluang ke suku akhir seandainya menang perlawanan tadi.Sebaik wisel permulaan ditiup sudah ada bibit-bibit provokasi dikalangan pemain.Namun tindakan pantas jurulatih kami,menyedarkan pemain supaya abaikan sahaja provokasi tersebut dan terus fokus kepada perlawanan berhasil apabila mendahului...

Hujan Rahmat Di Bandaraya Kuching

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Hari ini masuk hari kedua saya berada di Kuching.Syukur alhamdulillah kami tiba di Kuching lebih kurang jam 5.45 petang semalam walaupun mengarungi penerbangan yang sedikit mencuakkan apabila diiringi ribut petir dan hujan lebat sepanjang perjalanan. Syukur juga perjalanan ini selamat walau pada peringkat awalnya pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi bermula dikaunter pendaftaran lapangan terbang lagi.Walaupun sedikit sukar,alhamdulillah ianya dipermudahkan dengan izin Allah. Setibanya di Kuching kami dibawa makan malam di Pasar Satok.Suasana yang agak berbeza kepada pemain-pemain pasukan saya. Masuk hari kedua,seawal jam 8 pagi pasukan kami berangkat ke venue pertandingan untuk menyaksikan perlawanan salah satu pasukan yang bakal kami tempuhi disebelah petang iaitu Politeknik Kota Bharu.Keputusan perlawanan memihak kepada Politeknik Kota Bharu 12-2 menentang Kolej Komuniti Mas Gading. Selepas itu kami menikmati makanan tengahari di pekan Samarahan se...

Adakah Semuanya Beres?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Jam sudah pun jam 3.30 pagi namun mata belum mahu tidur.Saya baru sahaja selesai menyiapkan 1 lagi blog saya iaitu http://rhodongs-on9-shoppe.blogspot.com dimana ianya adalah blog perniagaan atas talian yang memberi peluang kepada ahli SIC Pahang Rhodongs berniaga kecil-kecilan dan mempromosikan perniagaan mereka. Moga blog ini dapat membantu ahli-ahli menjana pendapatan mereka.Itu adalah harapan besar saya dan saya harap ianya mendapat sokongan penuh dari semua pihak.Jadikanlah aktiviti berkelab ini sesuatu yang berfaedah.Disamping berkongsi suka duka,apa salahnya kita semua berkongsi peluang ini.Selain pendapatan ahli,pendapatan SIC Pahang juga boleh bertambah.Formula pengiraan modal akan dibincangkan kelak.Buat masa ini,biarlah blog baru ini menjadi medan pengiklanan perniagaan. Ianya juga tidak terhad kepada perniagaan berterusan.Ianya juga boleh digunakan untuk mengiklankan jualan segera seperti jualan kereta,sparepart dan sebagainya.Harap i...

Ada apa dengan 24 November 2010?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Terlebih dahulu syukur kehadrat ilahi kerana diberikan saya terus untuk meminjam jasad dan nyawa ini dan kesempatan ini saya ambil untuk menulis di blog kesayangan saya ini. Tarikh 24 November 2010 mungkin tidak membawa makna kepada orang lain namun pada saya ianya membawa makna kerana pada tarikh ini iaitu hari ini saya memilih untuk merombak hampir keseluruhan page blog saya ini. Antara perubahan yang saya lakukan ialah dengan meletakan gambar-gambar kenangan saya bersama isteri tersayang dan rakan-rakan SIC saya.Kenapa saya meletakan gambar-gambar tersebut di page blog saya?Jawapanya cukup mudah..ianya merupakan antara detik-detik indah untuk saya kenang sepanjang hidup saya.Kalau ikutkan terlalu banyak,tetapi cukuplah apa yang muat untuk diletak sahaja. Selain itu ada yang saya terpaksa remove dari main page saya dan ada yang saya tambah bagi memperencahkan lagi blog saya ini untuk tatapan umum.Antaranya ialah Blog Hitz Count dan beberapa items...

Tips Berhenti Merokok

farid paduka ali: Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....Hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang amat berguna kepada perokok-perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok mereka.Saya juga seorang perokok dan masih belum mampu menghentikan tabiat buruk saya ini.Jadi tidak salah saya rasa kita berkongsi maklumat ini...untuk melakukannya terpulanglah kepada individu terbabit.Saya??insya Allah saya akan cuba. TIP BERHENTI MEROKOK Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Mengapa harus berhenti merokok? Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana: Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas ...

Tips Menghadapi Temuduga

farid paduka ali: Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..Mungkin ada pembaca yang bakal menghadapi sesi temuduga pada hari ini,esok atau pun di masa akan datang.Disini saya ingin kongsikan serba sedikit tips yang saya perolehi dari Fairuz Mokti blog Moga tips ini berguna kepada semua pelawat. PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda : Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga Mengelak dari menjawab soalan penemuduga Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga ters...

'Mangsa' rompakan disiasat kerana buat laporan palsu

KUCHING - Gara-gara membuat laporan palsu bahawa wang tunai RM5,000 miliknya telah dirompak dua anggota polis, seorang penyelia stor kini disiasat polis. Dalam insiden itu, lelaki berusia 42 tahun tersebut mendakwa wang berkenaan, kad pengenalan dan kad ATM miliknya telah dilarikan dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini pada 8.50 pagi semalam. 'Mangsa' mendakwa kedua-dua lelaki yang berjaket hitam dan berkemeja-T dengan logo polis itu telah mengacukan sesuatu menyerupai pistol ke pinggangnya, sebelum melarikan duit tersebut yang didakwa diletakkan dalam sampul surat. Lelaki tersebut kemudian membuat laporan di Balai Polis Padungan di sini kira-kira 10 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki tersebut bagaimanapun mengaku membuat laporan palsu setelah disoal siasat. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yan...

Sejarah Proton

farid paduka ali: Assalamualaikum....artikel ni pernah saya siarkan di note Facebook saya...namun sempena ulang tahun ke 25 Proton,saya siarkan kembali untuk perkongsian bersama...semoga yang dah tahu akan kembali mengingati dan yang belum tahu akan tahu..inilah Proton..produk kita selepas 25 tahun sejarahnya... Selama ni kita selalu dengar cerita sahaja mengenai keburukkan PROTON. Jadi hari ni jom la sama-sama kita baca kisah benar disebalik PROTON ni.. tak kenal maka tak cinta.. Artikel ini agak panjang, jadi siapa yang malas nak baca, tak mengapa. Untuk yang berminat nak membaca dan lepas ni confirm korang x kondem2 proton lagi, sila baca sampai habis ya.. Teehee! Terima kasih kepada Hayati Rahib di atas perkongsian. Sumber asal dari forum MKMU.net Assalamualaikum, Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan menda...

Info TT Main Air SIC Pahang 2010

Tentatif Program TT Main Air 2010 9.30 am : berkumpul di kawasan Caltex simpang 4 Gambang.Makan bersama2 dan taklimat ringkas akan diberikan. 10.30 am : konvoi bergerak ke Bukit Gambang Resort City.konvoi mengambil parking. 11.00 am : masuk ke Taman Tema Air.Mandi sampai lebam.makan tengahari. 6.00 pm : keluar dari Taman Tema Air.minum petang.konvoi bergerak pulang. TERDAPAT BEBERAPA PERINGATAN YANG PERLU DIAMBIL BERAT KETIKA TT MAIN AIR INI BERLANGSUNG.YANG BELUM TAHU KENA TAHU,YANG DAH TAHU PUN KENA TAHU SEKALI LAGI.BACA BETUL-BETUL & PLEASE TAKE NOTE.. 1. MEETPOINT PADA JAM 09.30 PAGI DI KAWASAN CALTEX SIMPANG 4 GAMBANG.MAKAN BERSAMA-SAMA DAN TAKLIMAT RINGKAS AKAN DIBERIKAN.BAGI KAWASAN TEMERLOH DAN BENTONG JIKA IKUT JALAN LAMA MEETPOINT ADALAH DI SIMPANG MASUK BUKIT GAMBANG WATERPARK.KITA AKAN MASUK KE DALAM TAMAN AIR SELEWATNYA JAM 11.00 PAGI.SILA TEPATI MASA! 2. HARGA TIKET ADALAH SEPERTI BERIKUT : DEWASA : RM21.90 KANAK-KANAK : RM14.90 (90CM - 12 TAHUN) JIKA MAS...

Semangat setia kawan dan kekeluargaan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, Pada ketika ini saya masih berada di Dungun dan akan bergerak pulang ke Kuantan pada sebelah petang.Masih berkira-kira jam berapa yang patut saya memulakan perjalanan kerana pada ketika ini terik mentari masih terasa bahangnya. Gembira apabila melihat kelancaran program TT Main Air Sic Pahang yang sedang rancak dilakukan.Terima kasih kepada saudara Amar dan saudari Nana yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Mohon maaf kerana hanya mampu memerhatikan dari alam siber sahaja segala gerak kerja dilakukan.Kredit untuk Amar kerana telah menyediakan satu info lengkap mengenai program dan langkah keselamatan apabila berada di taman tema tersebut.Semoga semua yang menyertai program ini dapat mematuhi segala langkah keselamatan yang disediakan. Kepada rakan-rakan SIC Pahang dari luar Kuantan yang bakal menyertai aktiviti ini,sekalung penghargaan diucapkan.Saya pasti segala perancangan perjalanan dan konvoi telah pun dibincangkan di peringkat kawasan m...

My Snap....re-edit version05

My Snap....re-edit version04

My Snap....re-edit version03

Mana satu DSLR terbaik?

Untuk entri pertama, kami yakin agak ramai peminat fotografi kerap tertanya-tanya apakah Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) terbaik untuk mereka kalau mula-mula nak beli? Antara soalan yang biasa ditanya kepada kami sendiri, "Antara Nikon dan Canon, yang mana satu lagi bagus?" (Walaupun masih banyak lagi jenama lain) Jadi, nak tahu yang mana satu yang paling bagus? jom baca sampai habis untuk entri kali ni. Mudah-mudahan semua dapat gambaran umum apakah yang terbaik untuk mereka yang mahu memulakan hidup di dalam dunia fotografi. Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naiktaraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot (P & S) atau kamera kompak (compact camera), dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin meng-upgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.(Betulke??Jom Kaji) Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik da...

Tips Membeli Kamera Digital

Adakah anda ingin membeli kamera digital anda yang pertama untuk diri sendiri? Saya pasti tentu anda agak keliru dalam memilih kamera digital yang sesuai kerana terlalu banyak model baru di pasaran. Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan anda? Jangan tersilap pilih…kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit! Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera digital. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera digital yang sesuai untuk anda. Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang anda perlu pertimbangkan ialah: Jangka hayat bateri/sel Ini adalah faktor utama yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya dapati harga kamera dan jangka hayat sel tidak seiring. Banyak kamera yang berharga rendah mempunyai jangka hayat sel yang lama dan sesetengah kamera yang canggih dan ‘high-end’ mempunyai jangka hayat sel yang pendek. Contohnya s...

Tips Menjaga Komputer

Komputer adalah satu medium teknologi yang kian membangun dari masa ke semasa. Tanpa komputer, ramai orang mungkin menghadapi pelbagai masalah dalam kerja yang mereka lakukan. Namun tidak semua orang tahu menjaga kesihatan komputer mereka seperti mereka menjaga kesihatan diri sendiri. Di sini aku terpanggil untuk memberikan sedikit sebanyak tips untuk penjagaan komputer dari pengalaman yang aku perolehi dalam beberapa tahun mengenal komputer. 1. Operation System Terdapat pelbagai jenis sistem operasi (OS) yang dicipta oleh pelbagai jenis syarikat dan Windows adalah OS yang paling digemari penduduk dunia. Seperti yang semua tahu, Windows adalah sistem di mana ia amat mudah digunakan berbanding OS lain, yakni Linux, Ubuntu dan selebihnya. Namun Windows amat mudah diserang oleh virus dan banyak kelemahannya. Namun setiap kelemahan pasti ada penawarnya. Hari ini aku hanya ingin tumpukan kepada OS Windows sahaja kerana majoriti pelanggan dan kawan-kawan aku menggunakan OS in...

Hoki: Malaysia mara ke separuh akhir

SKUAD hoki negara berjaya 'merobohkan' tembok besar China selepas menang 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan A, sekali gus mara ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Asia 2010 di Stadium Hoki Aoti, Guangdong semalam. Pada aksi terakhir yang dianggap penentu kepada siapa yang bakal menjadi naib juara Kumpulan A itu, skuad kendalian Ste- phen van Huizen turun dengan misi untuk memburu satu mata bagi menjamin tempat ke separuh akhir. Dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi, skuad negara bukan saja berjaya mereali- sasikan misi tersebut, malah turut berjaya memenangi tiga mata berharga ke atas tuan rumah yang menerima sokongan padu di hada- pan peminat mereka sendiri. Hasil kejayaan muncul naib juara, Malaysia dijadualkan berdepan juara Kumpulan B, India pada separuh akhir petang esok. "Kita tidak kisah dengan siapa lawan kita tetapi kita tetap menghormati India kerana mereka ber- aksi di Piala Dunia dan meme- na- ngi pingat perak pada Sukan Komanwel baru-b...

Kejutan daripada bola tampar pantai

PASANGAN atlet bola tampar pantai negara, Beh Shun Thing dan Luk Teck Hua berazam untuk menghadiahkan pingat kepada negara selepas mencipta kejutan dengan melangkah ke separuh akhir kate- gori wanita yang berlangsung di gelanggang bola tampar Bandar Sukan Asia petang semalam. Shun Thing dan Teck Hua mempamerkan persembahan bertenaga apabila mudah mengalahkan pasangan Jepun, Takemi Nishiburi/Urata Satoko 2-0 (21-15, 29-27). Kedua-dua pemain negara itu akan berdepan pasangan tuan rumah, China, Huang Ying dan Yin Yuen pada sepa- ruh akhir petang ini dengan hajat untuk mara ke final temasya Sukan Asia buat kali pertama, sekali gus menghadiahkan kilauan pingat buat kali pertama kepada Malaysia dalam acara ini. “Sudah pasti kami gembira kerana berjaya mara ke sepa- ruh akhir. Siapa sangka kami akan mara sejauh ini pada temasya Sukan Asia di China,” kata Shun Thing semalam. “Memang bukan mudah untuk mara ke separuh akhir, apatah lagi melangkah ke final. Tetapi kami akan cuba u...

Gempa sederhana dekat Taipei, tiada ancaman tsunami

21/11/2010 10:08pm KUALA LUMPUR 21 Nov. - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku hari ini di 157 km ke tenggara Taipei, Taiwan dan 1,937 km ke timur laut Kudat, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata gempa itu yang berlaku pada 8.32 malam, tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama farid paduka ali: syukur,tiada ancaman tsunamai....

Sukan Asia XVI: Chong Wei sekadar pingat perak.

Guangzhou:Harapan Datuk Lee Chong Wei menggenggam pingat emas pertamanya di Sukan Asia sekali lagi digagalkan dengan kehebatan pemain dari China,Lin Dan. Pertarungan yang berlangsung 3 set itu menyaksikan Chong Wei tewas 13-21 kepada Lin Dan di set pertama sebelum bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-15. Set penentuan yang diharapkan menjadi milik Chong Wei ternyata gagal direalisasi oleh pemain nombor satu dunia itu apabila melakukan banyak kesilapan mudah sehingga ketinggalan 1-11 pada pertengahan set ketiga. Usaha keras Chong Wei untuk mengejar ternyata sukar dan terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan 10-21 di set ketiga.-FPAnews

Sukan Asia XVI: Emas keempat Malaysia

21/11/2010 5:01pm Guangzhou, China 21 Nov - Malaysia memperoleh emas keempat Sukan Asia Guangzhou hari ini menerusi Datuk Nicol David yang berjaya menewaskan Annie Au Wing Chi dari Hong Kong dalam acara skuasy perseorangan wanita akhir. Pada perlawanan yang berakhir sebentar tadi Nicol menang dengan keputusan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7. - Utusan farid paduka ali: Tahniah Nicol David.Sekarang Azlan Iskandar sedang berentap diperlawanan akhir.Hope,boleh dapat 1 lagi emas.

Negara rugi RM7.8b akibat kemalangan jalan raya

21/11/2010 3:17pm PULAU PANGKOR 21 Nov — Negara mengalami kerugian berbilion ringgit pada setiap tahun akibat kes kemalangan jalan raya yang kadarnya meningkat setiap tahun, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Menurut beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati pada tahun 2008 sahaja, negara mencatatkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berdasarkan statistik pada tahun lepas sahaja, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding hanya 6,527 orang pada tahun 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal, katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor di sini hari ini. — Bernama farid paduka ali: Bayangkan begitu banyak kerugian yang ditanggung disebabkan kemalangan.Berhati-hati lah dijalanraya.

Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:- 1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang. 2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta. 3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta. 4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu. 5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang. 6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar. 7. Pemasangan para bumbung. 8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber). 9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaj...