Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Malaysia lebih mantap 2014

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR, HELMI TALKAH dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH sukan@kosmo.com.my SKUAD bola sepak kebangsaan akan jauh lebih mantap dalam tempoh empat tahun lagi. Demikian janji pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Seperti yang kita tahu, FAM mempunyai perancangan masa depan. Kita beri peluang kepada pemain muda sekitar usia 18 hingga 21 tahun beraksi pada perlawa- nan-perlawanan besar. “Ketika ini, kita memiliki 50 hingga 60 pemain-pemain muda yang boleh diserapkan ke skuad kebangsaan pada bila-bila masa. Mereka ini akan terus diberi pendedahan. “Jadi dalam masa empat tahun ini, Malaysia akan menjadi sebuah pasukan yang cukup baik bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di peringkat Asia,” kata Subahan pada sidang media selepas perla- wanan malam tadi. Ternyata apa yang diperkatakan Subahan itu ada benarnya kerana biarpun tanpa 10 tonggak utama, Malaysia tetap berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Sepuluh pemain yang ter...

Penyokong Indonesia ugut tembak kami - Amri

RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan. Walaupun mereka menaiki kereta peri- sai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara. Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan. "Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam. Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya. ...

Sama tak serupa....pikir la sendiri....

Gambar yang disebarkan di internet dan media-media Indonesia. Gambar yang tersiar di akhbar dan internet. Persoalannya,mana satukah gambar yang tulen?renung-renungkan...ada sesiapa boleh bantu saya?

Laser!!!Laser!!!Laser!!!! dan Loser!!Loser!!Loser!!!

Apa lagi alasan Indonesia?

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara? Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang. Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri. Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu. Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan. Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran. Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu? Adakah pemain mereka di...

'Kekecewaan kami ditebus'

AKHIRNYA kekecewaan skuad 1996 berjaya ditebus. Demikian ungkapan pertama bekas penjaga gol negara, Khairul Azman Mohamed selepas anak buah K Rajagobal berjaya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi, apabila menundukkan Indonesia menerusi agregat 4-2. Bagi bekas pemain yang pernah menjaga gawang negara pada aksi final 1996 di kejohanan sama sebelum tewas 0-1 kepada Thailand itu, kemenangan itu juga membuka era baru dalam landskap bola sepak negara. “Tahniah dan terima kasih kepada skuad negara atas kemenangan ini kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan skuad 1996. Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti ini. “Cuma ingatan saya selepas ini jangan mula lupa diri, sebaliknya teruskan kecemerlangan ini untuk tempoh yang lebih lama kerana peluang barisan muda yang ada ketika ini cukup cerah pada masa depan. “Kemenangan ini juga membuka lembaran baru dalam era bola sepak moden negara dan seperti yang saya kataka...

Ferdinand ucap tahniah

KEJAYAAN skuad negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dengan menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat bukan hanya mendapat pujian peminat tempatan dan pemimpin tertinggi negara, malah pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucap tahniah dan memuji pasukan negara. “Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.

Selamat Berjuang Harimau Malaya...Malaysia Boleh!!!

"Doa kami rakyat Malaysia kepada 'Harimau Malaya' semoga beroleh kemenangan pada malam ini sekali gus menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas 14 tahun......Harimau Malaya...kalian kebanggan kami warga Malaysia...100% Malaysia!!!Tanah Tumpah Darahku!!!!

Rajagobal kena hina

KUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir berhampiran hotel penginapan, semalam. Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama satu jam. Malah mereka membentangkan kain rentang seperti 'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan 'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain yang digunakan untuk mengelap kekotoran. Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan Indonesia, malam ini. Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000 penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan tiket asli sejak awal pagi. Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan di ...

Usah peduli laser

PEMAIN Malaysia perlu bersedia dengan tindak balas penyokong fanatik Indonesia yang mungkin menyuluh pancaran laser ke arah mereka ketika beraksi di padang untuk mengganggu permainan. Situasi itu tidak mustahil kerana ia sudah dilakukan penyokong Garuda itu ketika perlawanan pembukaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang berkesudahan skuad kebangsaan kecundang 5-1. Namun rata-rata pemain kebangsaan, termasuk ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal tidak menyalahkan pancaran laser sebaliknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Malah penjaga gol kebangsaan Mohd Sharbinee Allawee Ramli mengakui memang ada pancaran laser yang disuluh ke arahnya, namun dia tidak menjadikan ia sebagai alasan walaupun bolos lima gol pada perlawanan pembukaan Kumpulan A. “Memang ada pancaran laser, kita tidak perlu memandang tepat ke arahnya kerana ia tidak mengganggu,” nasihatnya kepada rakan sepasukan yang lain terutamanya penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yan...

Lagi Bukti Cahaya Laser Bermula Dari Penyokong Indonesia.....

Lu Pikir La Sendiri!!!!

ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu. Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu. Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan. Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama ...

Hamparan 'karpet merah' pasti menanti Harimau Malaya di bumi Jakarta..

Menjelang Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta pasti detik penting kepada pengendali skuad kebangsaan K.Rajagopal untuk mempersiapkan mental pemain-pemain bagi menghadapi layanan dan provokasi tuan rumah pada 29 Disember nanti. Sudah pasti layanan yang bakal diterima adalah tidak seperti yang diterima oleh pasukan Indonesia bilamana tiba di bumi Malaysia baru-baru ini.Pemain-pemain harus bersedia dan sedar kerana tiada layanan lima bintang yang akan diterima mereka seperti layanan yang kita berikan kepada pasukan Indonesia sebaik menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum,rakyat Malaysia terlalu berbudi bahasa apabila menyambut tetamu namun apabila berkunjung ke bumi Jakarta nanti,pemain harus bersedia 200 peratus malah 500 peratus dengan segala kemungkinan yang ada. Ini adalah kerana,pada ketika ini pasukan Indonesia terlalu terdesak untuk menghapuskan defisit 3 gol yang diperolehi oleh Harimau Malaya.Pastinya Sang Garuda ...

3 Gol di Bukit Jalil......

Malam ini saya sudah membuat persiapan awal untuk menghabiskan masa di depan telivisyen untuk menonton Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia. Sebaik sepak mula,perasaan kagum mula menyelebungi perasaan saya apabila melihat skuad negara melancarkan serangan bertali arus ke kubu Indonesia,berbeza dengan perlawanan pertama peringkat kumpulan A dimana pasukan negara tewas 1-5 ditangan pasukan Indonesia ketika itu. Nyata persembahan pasukan kebangsaan pada perlawanan kali ini menampakkan banyak peningkatan berbanding perlawanan pertama terdahulu.Pujian harus diberikan pada pemain yang beraksi pada malam ini. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 sebelum babak kedua diteruskan dengan aksi meyakinkan skuad kebangsaan membelah benteng pertahanan Indonesia.Namun momentum pasukan kebangsaan sedikit terbantut apabila perlawanan diberhentikan apabila pemain-pemain Indonesia membantah bila mata penjaga gol Indonesia mendakwa terkena pancaran laser dimata. Selepa...

Bola Shebbie: Ambil iktibar Jerman

KINI tinggal satu lagi musuh, dua perlawanan dan 180 minit minimum untuk mencapai takhta mutlak selaku juara Asia Tenggara. Kini tiba masanya juga pelbagai gangguan bakal melanda pemain. Seluruh rakyat Malaysia ghairah dengan pencapaian pasukan bola sepak negara, sekali gus menyuntik harapan menggunung ketika mereka menghadapi Indonesia. Inilah pasukan yang membelasah kita 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan di Jakarta. Keputusan yang sebenarnya memberikan lebih tekanan ke atas pasukan Indonesia. Dalam perlawanan itu, jurulatih K Rajagobal melakukan percaturan yang menyaksikan persembahan pasangan pemain tengah, Mohd Amri Yahyah dan Safiq Rahim kurang kental. Begitu juga dengan Razman Roslan yang mengisi posisi bek kanan sehingga dia terpaksa diketepikan sehingga kini. Justeru, posisi itu menimbulkan persoalan siapa yang bakal mengisinya kerana di antara Mahali Jasuli serta Mohd Sabre Mat Abu, kedua-duanya saling bersilih ganti memenuhi bahagian itu. Siapa yang bakal diturunkan per...

Makanan mamak naik harga

KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan. Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus. Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiket: Jangan jual maruah negara

KUALA LUMPUR – Ibarat menjual maruah negara, itu kecaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada mereka yang mendagangkan tiket kepada penyokong lawan bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF, Malaysia menentang Indonesia, esok. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menyifatkan rakyat tempatan yang cuba meraih keuntungan dengan menjual tiket kepada penyokong Indonesia adalah tidak bermoral malah tidak sepatutnya terjadi. “Kita sedar dengan isu ini yang saya anggap seperti isu subsidi yang mana kita tidak boleh elak daripada mereka yang mahu mengambil kesempatan untuk membuat duit. “Saya harap rakyat Malaysia benar-benar jujur dan jika perbuatan sebegitu dilakukan seolah-olah seperti menjual maruah negara sendiri,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM selepas turut sama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meninjau latihan skuad kebangsaan, semalam. Isu penjualan tiket kepada warga Indonesia mula kedengaran sejak kaunter tiket di Stadiu...

Kenapa Perlu Bernyahtoksin?

Kenapa Bernyahtoksin? Sering keletihan, masalah kembung perut, sembelit, alahan dan selulit – semua ini merupakan simptom-simptom toksin berlebihan dalam badan. Ambil tindakan segera sebelum toksin mendatangkan masalah kesihatan yang mudarat. Detoksifikasi atau Detoks merupakan suatu proses untuk membuang timbunan toksin dalam badan. Apakah itu toksin? Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Toksin bertimbun dalam badan sekian lama Badan anda sememangnya berfungsi secara automatik untuk membuang toksin melalui dua organ eliminasi – sistem pencernaan dan organ hati. Seperti organ-organ lain, ia memerlukan sokongan dan rehat dari ...

Kenapa Bernyahtoksin Dengan Juvanex?

Assalamualaikum.. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dari apa yang saya dapat pada kursus baru-baru ini... Kini, Timbunan Toksin Dalam Badan Boleh Disingkirkan Dalam Masa 7 Hari Sahaja! Progam Detoks 7 Hari Juvanex™ diformulasi khas untuk menyingkirkan toksin berlebihan dalam badan di samping memelihara kesihatan sistem penghadaman dan hati. Juvanex™ adalah: Mudah: Hanya 7 hari untuk mengeluarkan timbunan toksin dalam badan! Berkesan: Diformulasikan dengan Total-Cleanze™ untuk memberikan badan anda pembersihan yang menyeluruh dan lengkap! Praktikal: Anda tidak perlu mengubah cara pemakanan atau cara hidup! Hanya perlu campur air! Bagaimana Total-Cleanze™ bertindak? Total-Cleanze™ merupakan suatu ramuan eksklusif semulajadi yang terdiri daripada serat makanan, probiotik dan herba semulajadi. Juvanex™ mengurangkan beban toksik anda dan memberikan kesegaran, rejuvenasi dan kecergasan hanya dalam masa 7 hari! Anda boleh menjangkakan yang berikut: Rasa lebih bertenaga dan c...

Alhamdulillah....

Alhamdulillah.....syukur kehadrat ilahi..... Akhirnya saya LULUS ujian yang saya ambil di Kursus Akreditasi Instruktor Senamrobik di UKM semalam.Selepas menjalani kursus bermula 20-23 Disember akhirnya saya berjaya. Bermula dari seorang yang 'kayu' dan 'buta' dalam dunia senam robik ni saya cuba sebaik mungkin untuk memahami sepenuhnya ilmu yang diajar oleh guru-guru sepanjang kursus ini.Terima kasih kepada Cikgu Hanim,Cikgu Azizah dan Cikgu Reza diatas tunjuk ajar sepanjang kursus,ilmu yang kalian beri terlalu mahal nilainya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan satu kursus yang banyak memberi tunjuk ajar,sokongan dan semangat kepada saya untuk menghadapi kursus ini. Sekarang,selepas lulus,apa yang perlu saya lakukan ialah terus belajar dan memperbaiki kelemahan yang masih banyak dalam diri ini. Kepada semua yang terlibat...thanks a lot.....miss you all....

Tahniah Warga SIC Rompin.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia, Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada SIC Rompin dan Segamat kerana berjaya menjalankan TT Akhir Tahun 2010 bersama-sama dengan jayanya. Kerjasama kedua-dua belah pihak telah menjadikan program ini satu realiti walau persiapan aktiviti agak last minit.Dari segi persiapan tempat,kelancaran konvoi dan layanan saya tabik spring kepada seluruh warga SIC Rompin yang baru berusia 4 bulan ini namun telah mencecah keahlian seramai 32 orang ahli berdaftar.Satu angka yang agak menggalakan dan diharap dapat memberi kesan positif kepada SIC Pahang khususnya. Walaupun keadaan cuaca hujan sepanjang aktiviti namun penyediaan kanopi oleh SIC Rompin membolehkan aktiviti dijalankan dalam keadaan hujan.Pertandingan karaoke dan sukaneka juga menghiburkan tetamu yang hadir. Lokasi program di kawasan parking terbuka di Pantai Hiburan Rompin menyebabkan program ini menjadi tarikan kepada setiap pengunjung di pantai tersebut sekaligus menarik minat ramai lagi pemi...

Menuju ke TT Akhir Tahun @ Rompin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan... Seperti yang dirancang,insya Allah selepas waktu pejabat petang ni saya akan terus bergerak pulang ke kampung halaman untuk menghadiri TT Akhir Tahun SIC Segamat dengan kerjasama SIC Pahang Kawasan Rompin. Mungkin kalau sampai awal malam ni sempat kot jumpa rakan-rakan SIC Rompin untuk bertanyakan status persiapan TT yang akan bermula esok dan berakhir ahad. Berdasarkan keadaan cuaca terkini sedikit kerisauan melanda hati saya.Hujan lebat sepanjang hari memungkinkan beberapa aktiviti seperti riadah dan sukaneka terpaksa dibatalkan esok dan lusa.Namun saya berdoa agar segalanya berjalan lancar. Dikesempatan ini,sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada SIC Segamat kerana memilih Rompin,salah satu daerah di Pahang sebagai lokasi aktiviti kalian dan sekalung tahniah juga diberikan kepada rakan-rakan SIC Rompin yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai pihak tuan rumah walau terpaksa membuat persiapan dalam masa yang singka...

Serbu markas ketika ceramah

GOMBAK - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin. Antara ajaran kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa. Pengikut ajaran tersebut juga percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi. Ajaran yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu itu dikatakan lebih berbahaya daripada ajaran Al-Aqram (pertubuhan haram) kerana pengikutnya menganggap darah orang Islam yang lain adalah halal dan jika dibunuh dianggap sebagai jihad. Dalam serbuan pukul 10.15 malam di premis kedai empat tingkat di Taman Sri Gombak itu, seramai 200 pengikut kumpulan tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak warga tempatan sedang taksub mendengar ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iran oleh seorang penceramah je...

Tiada sial dan majal dalam Islam

APA guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis? Kemajuan teknologi contohnya sepatutnya menjadikan sesuatu maklumat disebar untuk kebaikan tetapi disalah guna untuk tujuan yang salah. Dalam mengejar kemajuan, akhlak murni perlu dijaga. Maka amat perlu sekali kita menilai kembali erti kemodenan yang sedang kita impikan. Kemodenan yang hakiki ialah kebebasan akal menerawang mengenali. Cukup membimbangkan jika kita menikmati kemajuan dengan minda dan pemikiran yang beku dan jumud. Hidup ini tertakluk kepada peraturan yang sarat dengan nilai mulia sejagat, sesuai di semua tempat di samping hidup berpandukan peraturan yang tahan diuji sepanjang zaman. Bukan saja bertahan, lama tapi berjaya menyisihkan cara hidup buatan manusia yang amat terbatas; sekejap ada dan sekejap tidak ada, kadang-kadang putik dan kadang-kadang berulat serta buruk. Lebih mendukacitakan, adakah kita dipanggil moden sekiranya pemikiran masi...

Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook

TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam. Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya. Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve. "Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu. Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya. Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi

Tips Maaf Memaafkan

Ingat kembali wajah teman-teman kita, saudara, atau keluarga kita yang selama ini jarang bertemu dengan kita atau bahkan yang berselisih dengan kita. Do’akan kebaikan bagi mereka jika kita belum sempat bersilaturahmi. Muhasabah (evaluasi) diri kita, siapa saja yang pernah tersakiti oleh perlakuan ataupun perkataan kita. Minta maaflah dan sambungkanlah kembali tali yang pernah putus. Memberi maaf terlebih dahulu jika seandainya orang lain yang melakukan kesalahan. Tidak perlu kita menunggu permintaan maaf dari orang lain. Memaafkan berarti menghapus luka-luka atau bekas-bekas kekesalan yang ada di dada hingga hilang dari ingatan kita. Bukalah kembali lembaran baru hubungan kita. Ingatlah, mereka yang enggan memberi maaf pada hakikatnya enggan memperoleh pengampunan dari Allah SWT. Karena itu dalam kamus agama tidak dikenal ungkapan “Tiada maaf bagimu”. Ingatlah sifat-sifat orang yang bertakwa yang antara lain mampu menahan amarah dan memaafkan manusia (yang bersalah). Allah menyenangi o...

New Pictures.....

Ramalan Cuaca Minggu Ini

Kuala Lumpur Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kuala Lumpur Rabu, 15/12/2010 Tiada hujan Pagi dan Malam Pagi : Tiada hujan Petang : Mendung Malam : Tiada hujan Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Khamis, 16/12/2010 Hujan Petang Pagi : Mendung Petang : Hujan Malam : Mendung Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Jumaat, 17/12/2010 Ribut petir Petang Pagi : Mendung Petang : Ribut petir Malam : Mendung Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Sabtu, 18/12/2010 Ribut petir Petang Pagi : Mendung Petang : Ribut petir Malam : Hujan Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Ahad, 19/12/2010 Ribut petir Petang Pagi : Mendung Petang : Ribut petir Malam : Hujan Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Isnin, 20/12/2010 Ribut petir Petang Pagi : Mendung Petang : Ribut petir Malam : Hujan Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C Selasa, 21/12/2010 Ribut petir Petang Pagi : Mendung Petang : Ribut petir Malam : Hujan Minimum : 24 °C Maksimum : 33 °C

Tips Bersahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri &; sahabat harus mempunyai tanggungjawab &; punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :- 1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. 2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagusdan betul. 3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. 4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya. 5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 6. Terima kekurangan &; keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendi...

Kena sihir bukan mustahil

GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan. Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan. "Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net. Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu...

Planet Nibiru tak langgar Bumi

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012. Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. "Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung. "Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Indonesia tahan pesawat kita

JAKARTA - Tentera Nasional Indonesia (TNI) semalam menahan sebuah pesawat sewa khas jenis BAE 146-200 yang membawa sejumlah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam. Penahanan itu diumumkan oleh seorang pegawai tentera TNI, Laksanama Iskandar Sitompul kepada akhbar berkenaan. Menurutnya, enam daripada semua penumpang itu dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat lain. Panglima TNI, Laksamana Agus Suhartono dikatakan berusaha untuk mempercepatkan proses penghantaran pulang baki penumpang pesawat berkenaan. Menurut Iskandar, pesawat itu dari Dili, Timor Leste menuju ke Kuala Lumpur. Beliau berkata, pesawat itu terpaksa ditahan di lapangan terbang tersebut kerana ia mendarat tanpa mendapat keizinan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Bunuh diri depan rumah kekasih

SENTUL: Tertekan apabila cintanya tidak dibalas, seorang lelaki berusia 59 tahun sanggup menggantung diri pada pagar besi rumah kekasihnya di Taman Setapak Permai, Setapak Jaya, di sini, malam kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam apabila warga emas terbabit kecewa selepas cintanya tidak berbalas walaupun sudah berkenalan lama dengan seorang pekerja syarikat insurans yang juga tuan rumah yang disewanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa ditemui oleh tuan rumah berkenaan selepas tergantung beberapa minit pada pagar besi dengan menggunakan tali pinggangnya sendiri. “Wanita berusia 51 tahun itu yang kebetulan berada di rumah itu bagaimanapun tidak menyedari perbuatan mangsa yang mahu membunuh diri, namun selepas beberapa ketika tidak melihat kelibat mangsa, dia menjenguk bahagian hadapan rumah itu dan terkejut apabila melihat mangsa tergantung di pintu pagar. “Kami percaya akibat gagal menjalin hubungan cinta dengan wanita itu...

TT Akhir Tahun SIC Segamat Crew & Rompin Crew

Assalamualaikum.... SIC Segamat dengan kerjasama SIC Rompin akan mengadakan TT Akhir Tahun pada 18 & 19 Disember 2010 bertempat di Kuala Rompin,Pahang.Info aktiviti adalah seperti berikut: Tarikh :18&19 Disember 2010 Tempat :Kuala Rompin,Pahang Bayaran: *Penginapan(Hotel Seri Malaysia Rompin=RM120/bilik)*Kalau kongsi 4 orang sebilik hanya perlu bayar RM30 seorang. *Makan(RM6 seorang termasuk BBQ dll)*12tahun keatas sahaja. Untuk penyertaan boleh lah hubungi 019-9568286 sebelum 16 Disember 2010(Khamis)

2011 bakal lebih mencabar

Semalam,Sabtu 11 Disember 2010,saya tiba di perkarangan pejabat dari Bengkel Pemantapan dan Kecemerlangan Pusat Sukan UMP di Tiara Beach Resort,Teluk Kemang,port Dickson. Badan pun rasa sedikit letih dan kurang sihat namun saya gagahi juga demi untuk berjumpa rakan-rakan SIC Pahang pada sebelah malam setelah lama tidak berjumpa. Sebelum tidur saya sempat membelek apa yang dibincangkan sepanjang bengkel 3 hari yang lalu.Nampak dari apa yang dirancangkan dan sedikit penstrukturan semula,2011 yang bakal tiba nanti saya dapat rasakan sedikit mencabar dan padat dengan aktiviti.Namun walau apa pun situasinya saya harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Dari zon kerjaya saya memikirkan juga zon minat dan hobi saya bersama rakan-rakan kelab,memandangkan jadual sepanjang 2011 dijangka terlalu padat,saya fikir tidak banyak aktiviti yang mampu saya rancangkan bersendirian jadi saya rasa perlu untuk segala aktiviti 2011 nanti diserahkan kepada AJK Aktiviti yang insya Allah akan dilantik selep...

Tahun Baru Yang Bakal Tiba Ini

Sedar tidak sedar tidak berapa lama lagi kita kan menyambut tahun baru 2011 setelah 2010 sudah hamper melabuhkan tirainya tidak berapa lagi.Saya tidak pasti samaada masih ada kesempatan untuk saya dan rakan-rakan SIC Pahang mengadakan aktiviti menjelang tahu baru nanti. Dilemanya sekarang ialah program apa dan dimana lokasi program atau aktiviti ini mahu dilakukan.Faktor kesibukkan dan bertugas diluar kawasan serta kesukaran mendapatkan talian internet,menyebabkan saya agak sukar berbincang dengan rakan-rakan AJK yang lain.Mungkin ketika pulang ke Kuantan pada 11 Disember nanti baru saya sempat untuk berbincang dengan rakan-rakan Jawatankuasa Kerja SIC Pahang disamping rakan-rakan dari negeri yang lain. Buat masa ini pelbagai cadangan menarik yang kami terima namun banyak yang kami perhalusi setiap cadangan tersebut satu persatu.Antaranya ialah faktor kewangan yang akan mungkin membataskan penglibatan rakan-rakan SIC Pahang dalam program ini.Untuk mengadakan program bersama dengan neg...

Tidak Seperti Yang Diharapkan

08 disember 2010 Saya tidak pasti bila saya akan dapat post artikel tulisan saya ini diblog saya ini.Hari ini malam pertama saya dan rakan-rakan sepejabat berada di Tiara Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.Masalah mendapatkan talian internet di resort ini menyebabkan saya tidak pasti bila saya akan dapat memuat naik artikel ini di blog saya. Pada hari pertama ini terdapat agak banyak permasalahan di resort ini.Dari aspek keadaan bilik,layanan kepada pelanggan,bilik seminar dan juga aspek makanan antara perkara yang menjadi buah mulut antara kami.Dengan perkhidmatan internet yang perlu berbayar sebanyak RM150 sehari dan masalah pada wifi percuma yang hanya boleh diakses di lobi dan café hotel menyebabkan kami terpaksa memikirkan alternative lain untuk mendapatkan kemudahan internet bagi memudahkan kami untuk menjalani bengkel yang kami hadiri ini. Berbalik kepada keadaan bilik yang agak kotor dan sedikit using disamping penghawa dingin dan kipas yang gagal berfungsi dengan semp...

Konsep Kekeluargaan Kunci Kekuatan Persahabatan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Hari ini sudah hampir sebulan saya memikirkan perancangan aktiviti SIC Pahang untuk tahun hadapan.Jika diikutkan pada keinginan diri sendiri memang terlalu banyak aktiviti yang ingin saya buat untuk rakan-rakan SIC Pahang namun banyak perkara yang perlu saya fikirkan dahulu sebelum mencadangkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja SIC Pahang. Antara aspek-aspek yang perlu saya pandang antaranya ialah kelapangan masa setiap ahli,keberangkalian penyertaan dan kesesuaian aktiviti untuk semua warga SIC Pahang.Belajar dari pengalaman menguruskan aktiviti sepanjang 2010 saya sedar yang setiap aktiviti memerlukan variasinya yang tersendiri dan perlu difikirkan kesan atau faedahnya pada golongan/kumpulan sasaran. Mengambil contoh jka saya ingin meletakkan aktiviti santai seperti BBQ,saya perlu memandang sasaran penyertaan.Aktiviti BBQ atau santai biasanya mudah untuk disertai oleh semua golongan baik yang bujang mahupun yang telah berkeluarga.Jadi untuk mendapat...

Kasihlah ibubapa kita sebelum terlambat

Assalamualaikum, Artikel ini saya ambil dari blog sahabat blogger saya.Selepas membaca artikel ini hati saya tersentuh kerana tidak dinafikan sepanjang 2 minggu ini hati kecil ini terlalu rindu pada ibu dan ayah di kampung seperti yang saya luahkan pada post saya di minggu lepas. Kebetulan malam Khamis lepas,seorang rakan saya telah kehilangan ibu nya yang meninggal dunia akibat sakit tenat.Jauh disudut hati saya ini sesungguhnya saya akui memang saya masih belum bersedia untuk kehilangan kedua orang tua saya pada waktu ini.Saya takut bahawa selama hidupnya saya didunia ini saya ada membuat dosa pada mereka hingga melukakan hati mereka. Ya Allah,peliharalah kedua orang tuaku dari sebarang keburukkan dan kesusahan.Itu yang mampu saya doakan kepada Allah.Sesungguhnya walau sedewasa mana sekalipun kita sebagai manusia..saya akui...saya terlalu sayangkan ibu dan ayah saya..... Jom sama-sama kita baca artikel yang saya petik dari blog rakan saya... ------------------------------------------...

Hanya sekeping ini...huhuhu

TT Terbesar di Pahang tahun ini.

Assalamualaikum, Alhamdulillah video TT Main Air berjaya disiapkan dalam jam 3 pagi semalam walaupun laptop mengalami masalah dan 'hang' lebih dari 10 kali.Syukur dugaan dapat ditempuhi untuk menyiapkan klip video sepanjang 10 minit tersebut. Rasa puas hati jelas terasa bila menonton klip video tersebut.Ini adalah percubaan pertama saya membuat klip video sepanjang itu. Syukur ke hadrat ilahi apabila aktiviti ini berjaya dijalankan dengan lancar.Rasa kagum dan bangga dengan SIC Pahang dengan komitmen semua ahli yang turut sama menjayakan aktiviti ini.Moga sambutan sebegini akan dapat dilihat pada masa akan datang. Secara peribadi saya melihat ini merupakan TT yang terbesar yang berjaya diadakan pada tahun ini di negeri Pahang ini jika diukur dengan kehadiran rakan-rakan dan kelancaran program serta konvoi. Tahniah kepada yang bertungkus lumus menjayakan dan kepada yang hadir.Saya pasti ramai rakan-rakan akan berkongsi kata-kata keramat ini..."saya bangga menjadi warga SIC ...

Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Assalamualaikum.... Tiada apa lagi yang mampu diluahkan apabila melihat lebih 40 buah kereta ahli SIC Pahang memasuki kawasan Gambang Water Park kira-kira jam 12 tengahari tadi.Wajah kecerian rakan-rakan ahli SIC Pahang cukup menggembirakan hati ini. Walaupun agak lari kira-kira sejam dari masa yang dirancangkan tetapi kali ini rasa puas betul-betul tersemat dihati.Syukur,aktiviti yang pada mulanya dirancang oleh rakan-rakan lain seperti eddynana,nana,lang limo,amar dapat menjadi 1 aktiviti yang sebesar ini. Terima kasih juga atas sokongan semua rakan-rakan SIC Pahang dan juga kepada Rul N9 Waghih yang turut sama hadir ke aktiviti ini.Kepada rakan-rakan dari Bentong sebanyak 15 buah kereta,dari Rompin sebanyak 12 buah kereta,Lipis,Temerloh dan Jengka sebanyak 7 buah dan Kuantan kira-kira 7 buah telah membuktikan bahawa SIC adalah antara kelab yang aktif mengadakan aktiviti di negeri ini. Tahniah kepada saudara Amar kerana telah berjaya menjalankan tugas sebagai penyelaras aktiviti diba...

Semoga Semuanya Berjalan Lancar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Hari ini tinggal 1 hari lagi menjelang TT Main Air SIC Pahang 2010 akan berlangsung.Setakat ini seramai 35 orang ahli telah mengesahkan kehadiran.15 orang dari SIC Bentong Crew,10 dari SIC Rompin Crew,5 orang dari SIC Temerloh Crew dan selebihnya dari SIC Kuantan Crew. Kalau tiada aral melintang,buat julung kalinya SIC Pahang dapat mengumpulkan kira-kira hamper 40 buah kereta ahli dan ini merupakan perhimpunan terbesar SIC Pahang untuk 2010 ini. Alhamdulillah,setakat perbincangan dengan saudara Amar,penyelaras program ini,semuanya berjalan lancar dan pembahagian tugas pun nampaknya lancar.Moga TT malam ini dapat memperincikan lagi tugas-tugas yang diberi. Terkilan juga dihati kerana esok tidak dapat menghabiskan sepenuh masa di tempat program.Oleh kerana tuntutan komitmen dan terpaksa menghadiri kenduri saudara mara membataskan sedikit masa saya bersama rakan-rakan SIC Pahang. Diharapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.Harap semu...

Seksanya tanpa internet

Masuk hari ni dah 5 hari saya tak dapat menggunakan internet dirumah.Terasa seksa bila nak mengupdate blog saya ini.Terpaksa ke CC,tu perkara yang paling malas lakukan dalam hidup saya. Saya lebih selesa update blog saya sambil berehat dirumah kerana pada ketika itu idea lebih banyak mencurah-curah jika dibandingkan ketika berada di CC.Harap kerosakkan modem broadband ini akan segera dapat dibaiki bagi memudahkan saya update blog saya.Kalau tidak terpaksa tunggu hari Isnin la yek….hehehe… Ok la…dah lama saya berada di CC ini sambil memeriksa FB saya…sudah sampai masanya pulang berehat dirumah…sempat lagi untuk membuta ni…ok la kawan-kawan…kalau esok tiada update terkini,tunggu Isnin tau….esok saya berada di Gambang Water Park bersama rakan-rakan SIC Pahang…jom join……

A.....

A A.. adalah yang pertama, Mengenalimu adalah permulaan hidupku, Disegenap sudut dan ruang adanya dirimu, Dalam hati,dalam nyawa dalam jiwa adanya dirimu, A…dunia bukan dunia tanpamu, cinta tidak lengkap tanpa hadirmu, kasih tidak sempurna tanpa hadirmu, walau dalam rindu tiada dirimu, A…apa ada pada jiwa, apa ada pada cinta, apa pula kasih?, jika tiadanya dirimu, Seawal usia aku mengenalimu, kau mengajar aku erti hidup, tanpamu ku tak bisa, segagah dan sekuat sekarang, Ketahuilah A…. aku amat berterima kasih padamu, memberi ruang untuk aku walau seketika, mengenalimu dan memahamimu, Sesungguhnya ..A… Kau yang pertama, Bukan yang terakhir, Kau dimana-mana dalam hidupku…

Kau Tetap Di Jendela Kenangan Ku

Bagai nak ku lontarkan diriku ini Jauh dari lubuk hatimu Tapi tak tergamak hati kecilku ini Untukku memisahkannya Engkau bukan boneka Ataupun perhiasan Yang semudah nak ku singkirkan Aku jua insan yang punya perasaan Diri ini tak sekejam Apa yang kau sangkakan Dalam keretakan cinta Akhirnya terbelah jua rupanya Tetapi engkau tetap Di jendela kenanganku Kini kau bukan milikku lagi Kau mekar di dalam jambangan orang Tak mungkin dapat Ku sunting tangkai Apa lagi nak ku cium harumannya Aku kini bak kumbang Yang berterbangan Antara kuntuman yang berkembangan Mencari nurbisa penawar duka Sukar nak ku kikis Bayangan rindu ini Menjengah di jendelaku Puas ku mengusirnya Tapi tak berupaya Batinku semakin tersiksa

Rindu Pada Ayah & Ibu

Entah kenapa sehari dua ni ingatan pada kedua orang tua aku terlalu kuat...terlalu rindu rasanya pada dorang....aduss....kenapa ni??? Hampir dua minggu lepas baru je pulang ke kampung...ingat nak balik lagi tapi kesibukkan sedikit membataskan langkah ini.... Bagaimana orang tua ku dikampung agaknya?apa yang dorang tengah lakukan sekarang...andai tangah hujan,pastinya sedang menikmati ubi kayu rebus cicah gula dan air kopi 'o' panas menjadi pembasah tekak....alahai...rindunya aku pada detik itu...... Ayah dan ibu....bukan diri ini tak merindui kalian..dan bukan juga diri ini tidak mahu pulang...ketahui lah..bahawa diri ini terlalu sayang dan rindu pada kalian... Ayah...ibu....maafkan diri ini....

Koleksi Gambar Lucu

Aku Berpuluh Tahun Yang Lalu

Gambar Sekitar Karnival bola Keranjang 3on3 IPT 2010